Pusat Sumber - SMK Bandar Puchong Jaya (A)

BUDAYA ILMU TERAS KECEMERLANGAN

9.4.10

PERATURAN-PERATURAN PSS SMKBPJ(A)

Posted by Pusat Sumber Sekolah

  • Kad Pintar (smart card) dikenakan bayaran sekali sahaja iaitu RM5.00.
  • Tempoh pinjaman ialah ;
    a)seminggu sebuah buku, denda lewat RM0.20 sehari termasuk cuti hujung minggu dan cuti am.
    b)pinjaman semula buku yang sama hanya dibenarkan sekali.
  • Guru dan kakitangan sekolah boleh meminjam 2 buah buku selama 2 minggu.
  • Sekiranya buku PSS hilang, penggantian semula diwajibkan sama ada menggantikan buku yang baru atau pembayaran dua kali ganda nilai buku tersebut.
  • Kad pintar tidak boleh dipindah milik. Sekiranya hilang, bayaran RM10.00 untuk kad yang baru.
  • Buku bertanda merah hanya untuk rujukan di dalam Pusat Sumber (tidak boleh dipinjam keluar).
  • Pelajar-pelajar haruslah berpakaian sekolah atau pakaian PJK yang kemas sewaktu berada di PSS.
  • Pengguna-pengguna tidak dibenarkan makan,minum dan membuat bising di dalam PSS.
  • Pelajar-pelajar hendaklah meletakkan beg dan buku di rak almari yang terletak di luar Pusat Sumber.
  • Guru yang ingin menggunakan Bilik APD & PSS mesti membuat tempahan di Buku Rekod Tempahan Penggunaan APD & PSS dan Buku Rekod Penggunaan Bilik APD & PSS.
  • Guru yang membawa masuk pelajar-pelajar hendaklah mengawal disiplin serta memastikan kebersihan dijaga selepas menggunakannya.

0 comments:

Post a Comment